BEWARE.

CAUTION ALL PERSONAL PHOTOGRAPHS ARE EMBEDED WITH TRACKING DEVICE PLEASE DO NOT COPY AND RISK BEING EXPOSED TO GERMS AND DESTROYING YOUR COMPUTER/HANDPHONE.BY ORDER OF ME THE OWNER OF THE BLOG AND PHOTOS.THANK YOU FOR UNDERSTANDING THE NOTICE.

Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA/HARI MERDEKA 2011












Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga kepada semua kenalan serta keluarga. Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari kemerdekaan kepada semua warga Malaysia tanpa kira bangsa dan agama.

Moga kita saling bersatu hati dan menghormati sesama kita rakyat Malaysia.

Sempena hari kemerdekaan, mari kita semua ingati jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan kita dan kita renungi apakah maksud sebenarnya kemerdekaan itu serta juga sumbangan kita untuk memenuhi kemerdekaan yang negara kita capai.

Kepada mereka yang akan memandu pada musim perayaan ini, pandulah dengan berhemah tinggi, cermat dan berhati-hati pada setiap masa. Bawa bersabar di dalam perjalanan; pastikan konsentrasi; utamakan keselamatan dan sampai lah ke destinasi dengan aman dan selesa insyaallah.

Kepada pasukan polis yang bertungkus-lumus, berpanas, berhujan dan tidak bercuti untuk mempastikan keselamatan jalan-raya dan umum serta mengawal lalulintas, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Sekali lagi SELAMAT HARI RAYA ,Ampun dan Maaf di pinta kalau terlebih,terlepas,tersasau, termacam2 lah di blog maupun di emails.