BEWARE.

CAUTION ALL PERSONAL PHOTOGRAPHS ARE EMBEDED WITH TRACKING DEVICE PLEASE DO NOT COPY AND RISK BEING EXPOSED TO GERMS AND DESTROYING YOUR COMPUTER/HANDPHONE.BY ORDER OF ME THE OWNER OF THE BLOG AND PHOTOS.THANK YOU FOR UNDERSTANDING THE NOTICE.

Monday, October 31, 2011

HAPPY 7TH BIRTHDAY CUCU DANISH



Sempena Hari Jadi cucu,biarlah Papa menurunkan sedikit ilmu buat anak cucu dan kawan2yang mengikuti tulisan di blog ini.This is my own writings and thoughts for all to remember when i am gone.I am writing this after last night happening which touches me deep inside.


Tujuan PAPA menulis ialah untuk ANAK2, CUCU2 Dan kawan2 membacanya supaya bolih menjadi panduan hidup mereka insyaallah.

Antara lain,insyaallah N3 Kali ini akan nasihatkan anak- anak agar berbudi bahasa, selalu menepati janji, berhemah, berbuat baik sesama manusia, bertimbang rasa dan belas kasihan apabila orang lain dalam kesusahan, walaupun jika mereka sendiri sedang susah.

Papa juga harap dapat mengajar anak2 papa agar menunjukkan sifat rendah hati, berani kerana benar, tetapi sedia mengalah jika tahu bahawa mereka salah.

Papa nak menasihati anak2,cucu2 agar jangan memburuk-burukkan orang di depan orang lain, kerana ia hanya akan memalukan diri sendiri. Jika ada masalah dengan orang lain, katakan kepada mereka secara bersemuka.

Papa mahu anak2 dan cucu2 bersabar dan jaga mulut, jangan sampai menyakitkan hati orang lain. Ini sama dengan pepatah Melayu kita, terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya.

'Mendermalah untuk kebajikan dan bantu mereka yang kurang bernasib baik daripada kamu. Ia mudah dilakukan dan besar ganjarannya.

'Selalu melihat kepada sesuatu yang baik. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya.

'Carilah sebab untuk melakukan sesuatu yang baik, bukan memberi alasan untuk tidak melakukannya,'

Selanjutnya,Papa ingin menasihati anak2,cucu2 agar jangan mudah mengaku kalah.

'Jangan menyesali nasib kamu, atau sekurang-kurangnya, jangan berpanjangan menyesali diri. Tangis air mata tidak akan mengubah nasib kamu menjadi lebih baik.

'Akhir sekali, hormati dan sayangi kedua ibu bapa tak kira lah walaupun ibu atau ayah tiri mengikut keadaan semasa. Jagalah mereka dengan sebaik-baiknya..

Ini tentu bolih mengingatkan kepada 25 pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya seperti di dalam kitab suci al-Quran.

Kita mungkin ingat pesanan Luqman bahawa dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya.

Apabila ingin selamat, pesan Luqman pada anaknya, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah.

'Seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman,' pesannya lagi.

Jika anak2.cucu2 belum sempat membacanya atau terlupa mengenai pesanan Luqman ini, kembalilah merujuk kepadanya kerana ia merupakan bekalan terbaik buat ayah dan anak-anaknya, seperti yang diajarkan di dalam Islam.

Bukan tujuan papa untuk bersyarah dalam ruangan ini.

Papa timbulkan perkara ini setakat berkongsi dengan anak2 cucu2 kerana you all pun akan jadi kaum bapa seperti papa, agar dapat menjadi renungan bersama kita.

Mungkin benar bahawa tiada bapa yang sempurna, apa lagi bagi kita manusia biasa.

Namun, papa yakin, seorang bapa akan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak2 demi cinta kasihnya pada si anak.

Kita mungkin ada cara masing-masing untuk menunjukkan kasih sayang, mendidik dan membesarkan anak-anak agar mereka jadi manusia berguna.

Cuma, dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, kita kadangkala lupa atau kurang mengendahkan orang-orang yang kita sayangi itu.

Ada pula antara kita yang memanjakankan anak-anak kita dengan membelikan apa sahaja yang mereka mahu, termasuk barangan mewah dan berjenama.

Sangka kita, itulah bukti sayang kita kepada mereka.

Wal hal, banyak lagi yang perlu kita lakukan seperti meluangkan masa untuk mereka, berbual dengan mereka, makan bersama, bermain, bermesra, bergurau senda, menyentuh dan memeluk mereka serta mendengar apa sahaja keprihatinan mereka, di samping menyemai nilai-nilai rohani di jiwa mereka.

Papa tidak tahu bila papa akan mati. Tidak jarang, kematian datang secara mendadak tanpa diduga, tanpa sempat kita menulis wasiat atau pesanan buat orang tersayang.

Bagi papa, yang penting, papa gunakan masa hidup papa sebaik-baiknya bersama keluarga, anak-anak,cucu dan orang tersayang.Pandai2 lah anak2 yang dah berjauhan dengan keluarga sendiri merapatkan diri supaya selalu berhubung dengan Papa yang agak uzur sekarang cuma kasih sayang anak2 dan keluarga tersayang yang memberi semangat untuk terus hidup insyaalah dengan beriman pada ALLAH SWT.

Jika semua tanggungjawab ini dapat kita lakukan bersama, PAPA tidak perlu lagi terlalu bimbang akan nasib ANAK CUCU papa selepas pemergian papa kelak.

Hal itu PAPA serahkan pada yang Maha Kuasa...ALLAH SWT...

Ini lah pesanan papa SEMPENA HARI JADI CUCU DANISH.